Kunjung Hormat Ahli Lembaga Pengurus Sekolah SJK(C) Chi Wen Ke Jabatan Pendidikan Erat Kerjasama Komuniti

22nd April 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 21 April – Lembaga Pengurus Sekolah(LPS) SJKC Chi Wen, Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan W.P.Labuan di pejabatnya di Tingkat 10 Ujana Kewangan, hari ini. Kunjungan ini dibuat sempena pelantikan Encik Yusup bin Haji Mohamad sebagai Pengarah Pendidikan yang baharu yang berkuatkuasa pada 1 Mac […]

Pengarah Pendidikan Lakukan Kunjung Hormat Ke Perbadanan Labuan

20th April 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 19 April – Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Perbadanan Labuan di pejabatnya di Tingkat 10, Menara Perbadanan hari ini. Kunjung hormat ini bersempena pelantikan Encik Yusup bin Haji Mohamad sebagai Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 1 Mac yang lalu. Rombongan dari […]

Pemuafakatan Komuniti Selesaikan Isu Pengoperasian Sekolah

29th March 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 26 Mac : Jabatan Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pemuafakatan bersama komuniti dalam menyelesaikan isu pengoperasi sekolah sepanjang tempoh PKPP, kelmarin. Pemuafakatan melibatkan beberapa agensi dan pertubuhan bagi mencari kaedah terbaik bagi mengatasi isu kepadatan, penjarakan fizikal di dalam bilik darjah dan isu-isu berkaitan penyuraian murid. Antara agensi […]

TKPPM (SOS) Lakukan Lawatan Kerja Ke Labuan

23rd March 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 23 Mac : Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah menerima kunjungan dan lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia(TKPPM) Sektor Operasi Sekolah (SOS) , Dato’ Haji Adzman bin Talib bermula 20 hingga 22 Mac 2021. Lawatan selama 3 hari itu adalah bertujuan untuk memastikan pengoperasian sekolah rendah dan persediaan pembukaan […]

Kempen Derma Darah Hari Guru 2021 Peringkat W.P Labuan Dapat Sambutan

23rd March 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 20 Mac : Program Kempen Derma Darah sempena sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kempen Derma Darah ini merupakan antara program-program anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri tahun 2021. Program ini merupakan inisiatif untuk membantu […]

Jabatan Pendidikan Labuan anjurkan Bengkel Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan

8th March 2021 JPWPL Sana Sini 0

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan memerlukan kepada penambahbaikan berterusan. Setiap guru perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran melalui pelbagai kaedah sesuai dengan situasi semasa. Menyedari kepentingan ini, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan mengorak langkah untuk menganjurkan Bengkel Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah peringkat kebangsaan. Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor […]

Anak Jati Labuan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Baharu

5th March 2021 JPWPL Sana Sini 0

Encik Yusup bin Haji Mohamad, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan W.P. Labuan yang baharu menggantikan Puan Khaziyati binti Osman berkuatkuasa pada 1 Mac 2021. Puan Khaziyati Osman pula akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Negeri Sabah berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Pelantikan pengarah […]

Program Kibar Bendera Sempena Sambutan Hari Wilayah Tahun 2021

1st March 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan 25 Ferbuari – Sebagai tanda solidariti terhadap program-program yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun 2021 ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Puan Khaziyati binti Osman telah mengamanahkan Sektor Pembangunan Murid untuk menjadi urus setia bagi menyemarakkan semua program yang dicadangkan sempena sambutan Hari Wilayah ini. Tuan […]

image_pdfimage_print