Program Muslimah Dhuha

Golongan Anak Yatim SKPS Yang Menerima Bantuan Daripada Musliha Dhuha.

Labuan, 08 April– Program Muslimah Dhuha, Perumahan Sabah Gas Rancha2 merupakan program khas bertujuan menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim khususnya di SK Pekan Satu. Program ini bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Majlis ini merupakan tanda  penghargaan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang setia menyokong kempen dan aktiviti Bantuan Anak Yatim yang dilaksanakan selama ini. Objektif program ini ialah membantu serta meringankan beban anak yatim menjelang bulan Ramadhan.

Rombongan yang diketuai oleh Puan Seha Alwi disambut oleh Guru Besar SKPS, Anita Shyamini A/P S. Azman, PK Pentadbiran SKPS Encik Airol Azmi bin Abd Gani, PK HEM SKPS Puan Normah binti Rahimi, PK Kokurikulum SKPS Encik Esmit bin Amat dan beberapa orang guru SKPS.

Seramai 24 orang murid yatim SKPS menerima bantuan daripada pihak Muslimah Dhuha. Antara keperluan yang  disampaikan dalam majlis ini adalah barangan kelengkapan dapur iaitu beras, minyak, gula dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak Muslimah Dhuha juga turut menginfakkan buku ilmiah kepada sekolah. Buku-buku tersebut adalah hasil nukilan anak-anak peserta Program Muslimah Dhuha.

Dalam ucapannya, Anita Shyamini melahirkan jutaan terima kasih kepada pihak Muslimah Dhuha kerana memilih SKPS bagi menyampaikan bantuan kepada para murid yang berstatus anak yatim. “Murid-murid yatim ini sangat bertuah kerana menerima bantuan di ambang bulan Ramadhan sebagai tanda kasih sayang” tambah beliau lagi.

Puan Seha Alwi pula berkata, dengan adanya bantuan seperti ini sekurang-kurangnya dapat meringankan tanggungan penjaga terutamanya mereka yang mempunyai anak yang ramai. “Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak SKPS kerana sudi menerima kunjungan daripada pihak kami dalam menyampaikan bantuan ini. Pihak kami juga berharap agar bantuan ini menjadi pembakar semangat anak-anak yatim SKPS supaya lebih tabah dan cekal dalam mengharungi bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.” tambah beliau lagi.

Musliha Dhuha Menginfakkan Buku Ilmiah Kepada Para Anak Yatim.

Akhir sekali, Cikgu Suriana Binti Kadir selaku penyelaras program melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Tambahnya lagi, tanpa komitmen yang tinggi daripada semua pihak, maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan.

image_pdfimage_print