SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah-Sekolah Rendah WP Labuan

Johan Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah Peringkat WPLabuan, Murid-murid SK Sungai Bedaun, WP Labuan

Labuan – Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah Peringkat WP Labuan telah berlangsung di Anggerik Square, Kompleks Ujana Kewangan pada 31 Oktober 2019, lalu.

Pasukan keyboard SK Sungai Bedaun telah dipimpin dan dibimbing oleh Jurulatih utama pasukan ini iaitu Puan Wong Lee Choo dan dibantu oleh Puan Noorfarehin binti Md Yusof sebagai Pengurus Pasukan Keyboard. Selain itu, Para Pentadbir, guru-guru, dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu merupakan faktor kejayaan pasukan ini.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. SK Sungai Bedaun telah menyertai satu kategori sahaja iaitu Tahap 2.Pasukan keyboard SK Sungai Bedauan  telah memainkan dua buah lagu iaitu Nenek Si Bongkok Tiga dan Troika semasa pertandingan tersebut.

Pertandingan ini melibatkan 10 orang murid SK Sungai Bedaun yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Sebanyak 10 sekolah rendah telah menyertai pertandingan ini. Semua pasukan telah membuat persembahan yang menarik.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk membuat persembahan dalam Pertandingan Keyboard Music Time peringkat negeri pada tahun ini.

Keputusan Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2019 bagi Tahap 2  adalah seperti berikut, SK Sungai Bedaun Johan, SK Bukit Kerupang Naib Johan, dan Tempat Ketiga adalah milik Sk Pekan Satu.

Gambar Pasukan Keyboard Music Time SK Sungai Bedaun Bersama Jurulatih Utama, Puan Wong Lee Choo

Manakala  keputusan bagi Tahap 1 pula ialah SK Pekan Dua Johan, SK Lubok Temiang Naib Johan dan Tempat Ketiga dimiliki oleh SK Pekan Satu.

Pasukan keyboard SK Sungai Bedaun akan mewakili WP Labuan dalam Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah peringkat Malaysia Timur yang akan diadakan pada 13 November 2019 di Wilayah Pesesekutuan Labuan.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah disempurnakan oleh Encik Asbola bin Amit (Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Bakat Murid JPWPL) Turut hadir Encik Asmawi bin Haji Ahmad (Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPWPL), Guru Besar-Guru Besar Sekolah-sekolah di WP Labuan.

Gambar sewaktu persembahan Pertadingan Keyboard Music Time
Gambar kenang-kenangan bersama guru-guru, ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu

image_pdfimage_print