Sambutan Hari Raya Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan

Dato’ Sri Hj Amir bersama Encik Ismail, Encik Saminan, Guru-guru dan Pelajar-Pelajar Tingkatan 6 SMK Labuan

Labuan – Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan telah mengadakan Sambutan Hari Raya yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum dan berkongsi kegembiraan merayakan Hari Raya antara pelajar dan guru di sekolah ini pada 21 Jun lalu.

Sambutan yang bermula seawal 7.45 pagi itu telah dihadiri oleh Dato’ Sri Hj Amir bin Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan, merangkap Bapa Angkat Korporat SMK Labuan dan Pengetua SMK Labuan Encik Ismail Abdullah, barisan penolong kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan enam di sekolah tersebut.

Sebanyak 15 buah gerai dibuka dengan menghidangkan pelbagai juadah yang diusahakan sendiri oleh pelajar-pelajar 14 kelas dan sebuah gerai gabungan guru-guru Pusat Tingatan Enam.

Turut diadakan pertandingan Pakaian Raya, Pertandingan Sate Beast, Pertandingan Gerai Terbaik dan Persembahan Lagu Raya.

image_pdfimage_print