Kelab Pendidikan Labuan sertai STREET ARTS SHOWCASE

26 Februari – Kelab Pendidikan Labuan telah menyertai buat pertama kali Street Arts Showcase (SAS) pada 25 Februari 2017. Aktiviti anjuran Labuan Society ini mengumpulkan lebih 40 individu, persatuan, peniaga dan sekolah-sekolah dari seluruh Labuan. Kelab Pendidikan Labuan telah mempamerkan pelbagai hasil karya seni untuk tatapan masyarakat umum selaras dengan hasrat memperkenalkan Jabatan Pendidikan Labuan di mata masyarakat.

Pameran kali ini juga disertai oleh guru-guru inovatif yang mempamerkan hasil inovatif dan kreatif bahan bahan pendidikan. Antara guru-guru yang terlibat ialah Cikgu Suriani (SPA), Cikgu Hasnan (SKP1), Cikgu Shiela (SKK ST ANNE), Cikgu Tilla (SKK ST ANNE),Ustazah Dalilah (SK MEMBEDAI), dan Cikgu Mohd Nizam (SPA).

Menurut penyelaras aktiviti Cikgu Suriani Oxley, antara inovasi alat pembelajaran yang dipamerkan termasuklah alat permainan Bahasa Inggeris ‘REUGO’ yang diperbuat dari kadbod, kalendar dan kertas terpakai, koleksi alat permainan Bahasa Inggeris yang diperbuat dari bekas botol air mineral, alat permainan Bahasa Melayu yang diperbuat dari bekas tin biskut dan alat permainan menulis jawi ‘WAJHU’ yang diperbuat dari bekas straw minuman serta 10 buah karya seni kakitangan jabatan pendidikan. Beliau berharap Kelab Pendidikan Labuan akan terus mendapat sokongan dalam penyertaan SAS yang akan diadakan setiap bulan.

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.