Lawatan Pemantauan Hari Pertama Persekolahan Tahun 2017

3 Jan 2017  – Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, En Raisin bin Saidin  telah mengadakan lawatan pemantauan hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 di dua buah sekolah sekitar Labuan iaitu di SJKC Chi Wen dan SK Patau-Patau.

Beliau diiringi oleh ketua-ketua sektor dan pegawai daripada Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Dalam ucapan beliau di SJK(C) Chi Wen, memaklumkan bagi sesi pendaftaran tahun 1 bagi tahun 2017, seramai 1,568 pelajar tahun 1 telah mendaftar manakala bagi Tingkatan 1 seramai 1,202 pelajar telah mendaftar di sekolah-sekolah W.P Labuan. Pada Sesi lawatan tersebut Pengarah juga sempat beramah mesra dengan ibubapa.

En. Raisin bin Saidin juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga sekolah yang telah berjaya menjalankan tugas pada hari pertama ini dengan baik.  Beliau berharap agar kecemerlangan dalam mendidik anak-anak murid dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

 

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.