Kami seluruh warga Jabatan Pendidikan W.P. Labuan berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan berusaha bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan di sekolah-sekolah melalui cara tindakan berikut :

 

 

PENGURUSAN PERTUKARAN & PENEMPATAN GURU DAN MURID

i

Permohonan pertukaran guru yang memenuhi syarat diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup permohonan.

ii

Surat penempatan guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

iii

Surat penempatan murid baharu dikeluarkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan diterima.

iv

Surat kelulusan penempatan dan pertukaran murid dikeluarkan selepas tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

 

PENGURUSAN KEWANGAN

i

Pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh unit kewangan.

ii

Kursus berkaitan pengurusan kewangan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dengan kewangan hendaklah dicatat dalam buku perkhidmatan kerajaan

 

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

i

Perakuan calon yang layak dinaikkan pangkat yang diperakukan secara manual dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum tarikh tutup iklan.

ii

Surat kelulusan tambang mengunjungi wilayah asal dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

iii

Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja jabatan pendidikan Labuan dalam tempoh 1 hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan. Tertakluk kepada persetujuan klien.

iv

Menyediakan peluang peningkatan kompetensi kepada pengetua, guru besar, penolong kanan dan guru cemerlang, sekurang-kurangnya sekali setahun.

   
   
 

PENGURUSAN FIZIKAL

i

Aduan kerosakan daripada sekolah diberi maklum balas bertulis dalam tempoh satu hari bekerja.

ii

Kelulusan / maklumbalas bertulis untuk penggunaan Pusat Kokurikulum dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tempoh tarikh surat permohonan diterima oleh pusat kokurikulum.

iii

Kelulusan pelupusan di bawah kuasa Ketua Jabatan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.

 

PENGURUSAN MURID

i

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula

ii

Keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan.

iii

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan pada hari pertama persekolahan bermula.

 

PENGURUSAN PELANGGAN

i

Masa menunggu pelanggan untuk menerima layanan perkhidmatan kaunter tidak melebihi 5 minit pada waktu bekerja.

ii

Semua aduan diurus dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.

iii

Kes disiplin – permohonan rayuan bersekolah semula, diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat rayuan diterima.

iv

Menyediakan data asas pegawai & pelaksana untuk lantikan baharu dalam tempoh sebulan.

   
   
   
   

 

Statistik

  Rendah Menengah Jumlah
Sekolah 17 9 26
Murid 9424 5782 15,206
Guru 747 563 1409
Bukan Guru 103 112 215
 Data Sehingga 
[20 MAC 2019]

Statistik Pengunjung

095343
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Okt 2017
346
327
907
5398
9810
95343

Your IP: 34.231.247.139
2019-09-17 12:05

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact

QR Code

QR-Code dieser Seite
Go to top