orangegreenungublue
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
URUSAN KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN TIME-BASED SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
  • Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

Sejarah Jabatan

Koleksi Ucapan Pengarah

Maklumat Sektor

Direktori Staf

Star Headcount

Maklumbalas

Utama

URUSAN KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN TIME-BASED SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

E-mail Print PDF
2.  Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang bagi tahun 2011 bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
                 2.1.      Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
                 2.2.      Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
                 2.3.      Penyelia Asrama Gred N17
                 2.4.      Juruteknik Gred J17
                 2.5.      Pembantu Makmal Gred C17
                 2.6.      Pembantu Tadbir Rendah Gred N1
                 2.7.      Pembantu Am Pejabat Gred N1
                 2.8.      Pemandu Kenderaan Gred R3
3.  Pegawai –pegawai yang akan diperakukan mestilah mememuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus bagi urusan kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang seperti berikut:
                 3.1.      Syarat-syarat Umum
                          3.1.1.   Disahkan dalam perkhidmatan;
                          3.1.2.   Telah mencapai tahap prestasi yang ditetapkan seperti berikut:
(a) Kumpulan Sokongan Gred 17
i. Pegawai yang layak sehingga 31.03.2011
Memperolehi markah 78%  ke atas bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir (2007, 2008 dan 2009)
ii. Pegawai yang layak pada 1.4.2011 hingga 31.12.2011
Memperolehi markah 78% ke atas bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2008, 2009 dan 2010)
(a) Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga Gred 16
i. Pegawai yang layak sehingga 31.03.2011
Memperolehi markah 75%  ke atas bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir (2007, 2008 dan 2009)
ii. Pegawai yang layak pada 01.04.2011 hingga 31.12.2011
Memperolehi markah 75% ke atas bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2008, 2009 dan 2010)
                          3.1.3.   Bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
                          3.1.4.   Lulus pengisytiharan harta;
                          3.1.5.   Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
                          3.1.6.   Bebas dari senarai peminjam tegar Institusi/Tabung Pinjaman Pendidikan; dan
                          3.1.7.   Diperakukan oleh Ketua Jabatan
                 3.2.      Syarat-syarat Khusus
                          3.2.1.   Berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun di atas gred lantikan (dikira dari tarikh mula dilantik
                                         sehingga 31.12.2011 iaitu mereka yang dilantik pada atau sebelum 31.12.1996)
4.  Perakuan pegawai yang layak hendaklah disertakan dengan 2 salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar.
                4.1.      Lampiran B bagi bagi pegawai yang layak sehingga 31.03.2011 dan Lampiran C bagi pegawai yang
                            layak pada 01.04.2011 hingga 31.12.2011;
                4.2.      Kad pengenalan;
                4.3.      Surat pelantikan rasmi;
                4.4.      Surat pengesahan dalam perkhidmatan;
                4.5.      Surat pengisytiharan harta;
                4.6.      Buku Rekod Perkhidmatan  (bagi calon yang bertugas di Sekolah Menengah sahaja)
5.  Permohonan hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 18 Februari 2011 kepada:
                                         Pengarah Pelajaran
                                         Jabatan Pelajaran W.P. Labuan
                                         Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan
                                         Peti Surat 81097
                                         87020 W.P. Labuan
                                         (u.p. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan – Unit Naik Pangkat)
dan bagi calon-calon yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Teknik, perakuan hendaklah dikemukakan terus ke Bahagian masing-masing di kementerian Pelajaran Malaysia
Sekian, terima kasih.

Bilangan Pengunjung :  bermula 19 April 2010