Lawatan Kerja Rasmi Bagi Pemantauan Pembukaan Sekolah Di SKK St Anne

5 Julai 2020 – Tuan Raisin bin Saidin A.D.K Timbalan Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengoperasian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia mewakili Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Sekolah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi Pemantauan Pembukaan Sekolah di SKK St Anne

Turut sama hadir, Ketua Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Encik Yusup bin Mohamad merangkap pemangku Pengarah Pendidikan JPWPL bersama-sama barisan ketua-ketua sektor JPWPL

Fokus pemantauan adalah untuk melihat persiapan sekolah dalam menerima murid tahun 5 dan 6 pada 15 Julai dan tahun 1 hingga 4 pada 22 Julai 2020 nanti.

Pihak sekolah SKK St Anne telah memilih model 1 bagi pembukaan sekolah iaitu model sekolah satu sesi. Secara keseluruhannya, pihak sekolah SKK St Anne telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam Garis Panduan Pembukaan Sekolah dan berjaya dalam permohonan untuk melaksanakan pembukaan sekolah model 1. Pihak sekolah dan para guru juga telah bersedia sepenuhnya untuk beroperasi.

Pengukuran jarak di lakukan oleh pasukan pemantau

Guru Besar SKK St Anne Pn Cecilia @ Chua Lai Eng menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada guru guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan pembukaan persekolahan berdasarkan model satu.

Taklimat hasil pemantauan

image_pdfimage_print