Guru Penolong Kanan Hem Bersara Dirai Seperti Raja Sehari

Labuan, 31 Januari 2020 :Persaraan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, Encik Sabar bin Dalimin diraikan dengan meriah dalam satu ‘majlis perkahwinan’ bagi mengenang khidmat cemerlangnya di sekolah itu. Sabar, 60 secara sah menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari lalu selepas berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun. Pada hari tersebut, beliau mengenakan busana songket berona jingga dan bersulam keemasan.

Rombongan seterusnya bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pekan Dua dimana Encik Sabar telah 7berkhidmat di sekolah tersebut pada tahun 201 hingga 2018. Encik Sabar telah dipersembahkan dengan satu persembahan daripada murid-murid SKPD dengan lagu ‘Cinta Terbaik dan Memori Tercipta’ yang begitu menyayat hati dan menggamit memori untuk Encik Sabar sepanjang mendidik di sekolah ini.

Seterusnya perjalanan rombongan diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Membedai. Beliau mula berkhidmat di sekolah tersebut pada tahun 2010.  Beliau disambut mesra oleh barisan pentadbir, guru-guru dan murid sekolah disana. Acara menandatangi turut menjadi penyeri sambutan di sana.

Sekolah yang keempat dimana Encik Sabar bertugas pada tahun 2011 di Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan. Beliau disambut oleh barisan pentadbir, guru-guru dan semua murid sekolah. Upacara memotong kek menjadi penyeri sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan. Encik Sabar sempat bersalam-salaman dengan bekas murid-murid beliau sepanjang di Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan.

Pergerakan rombongan diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru dimana sekolah terakhir beliau berkhidmat sebagai seorang Penolong Kanan Hal Ehwal dan seorang pendidik. Belliau sempat berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru pada tahun 2019 hingga kini. Beliau telah disambut dengan meriah. Beliau dikejutkan dengan paluan kompang dan kehadiran isteri tercinta, Puan Esah binti Hussin yang turut mengenakan busana pengantin simbolik pasangan seumur hidup beliau.

Semua guru mengiringi beliau dan pasangan ke Dewan Sekolah Tanjung Aru. diserikan, persembahan tayangan multimedia dan penyampaian hadiah daripada kelas-kelas. Beliau dipersembahkan dengan tayangan montaj sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik sehingga kini. Beliau turut memberikan ucapan terharu dan terima kasih kepada warga sekolah. 

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada barisan guru dan pentadbir yang sanggup bersusah payah mengatur majlis pada hari ini. Kejutan yang paling tidak disangka-sangka kehadiran isteri beliau pada hari ini”. Kata beliau dengan begitu gembira. Selain itu, beliau sempat menitipkan pesanan buat rakan guru yang lain. “ Saya berasa amat sedih kerana terpaksa meninggalkan kerjaya perguruan yang sudah sebati dengan jiwa. Bagaimanapun, saya gembira kerana dapat mendidik anak bangsa menerusi kerjaya sebagai guru. Semoga rakan-rakan yang lain sentiasa bersemangat dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang guru dan teruskan komitmen yang jitu.”. katanya

image_pdfimage_print