Program Jambatan Kasih 2020

Sesi fotografi sebagai kenangan Pelajar KML bersama guru-guru SKPS

Labuan, 15 Februari- Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi telah menerima rombongan lawatan dari pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Rombongan seramai 26 orang pelajar dan diketuai oleh pengarah program iaitu Cik Harriet Willabelle Anak Wesley dan Pensyarah Kokurikulum KML selaku penyelaras Program Jambatan Kasih KML Encik Zamri bin Palen. Program ini bermula dari jam 7 pagi hingga 1.15 petang.

Menurut Cik Harriet, program ini merupakan lawatan bersifat muhibah untuk memupuk semangat dan cara mengawal stres murid-murid semasa menimba ilmu dan pada yang sama mampu membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik. “Program ini juga adalah projek akhir pelajar KML sesi 2019-2020 bagi Kelas Tutoran DP3 T14” tambah beliau lagi.

Ketibaan rombongan ini disambut meriah oleh Guru Besar SKPS, Anita Shyamini A/P S. Azman. Turut hadir PK HEM SKPS Puan Normah binti Rahimi, PK Kokurikulum SKPS Encik Esmit bin Amat dan 10 orang guru tanda memberi semangat yang tidak terhingga kepada rombongan pelawat.

Di samping itu, pelajar KML bukan sahaja berkesempatan beramah mesra dengan murid-murid SK Pekan Satu malah menyajikan motivasi kepada 120 murid-murid tahun 5 yang diadakan di SK Pekan Satu. Program Jambatan Kasih ini dapat membantu percambahan dan kolaborasi ilmu pengetahuan dalam kalangan murid-murid serta pelajar KML khususnya yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid berani mempersembahkan hasil kerja kumpulan di hadapan perserta yang lain.

Puan Anita Shyamini berharap agar Program Jambatan Kasih seperti ini dapat memupuk ikatan silaturrahim yang akan terus terjalin dan berkesinambungan sebagai salah satu wadah kemenjadian murid pada masa hadapan sesuai dengan kelestarian akademik yang lebih berkualiti. Beliau juga berharap agar program ini sebagai batu loncatan kepada murid-murid untuk memberikan kesedaran bahawa kecemerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

Akhir sekali, penyelaras program Puan Sanisah Zulkifle mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KML kerana sudi menjadikan SKPS sebagai destinasi Program Jambatan Kasih 2020. “Kami sebagai guru juga mengharapkan murid-murid lebih berdaya saing dalam menuntut ilmu dengan adanya program sebegini” tambah beliau lagi.

Cik Harriet (2 kanan) menyampaikan cenderahti kepada Puan Anita (2 kiri) sambil diperhatikan oleh Puan Normah (kiri) dan Encik Wilbryan (kanan).

image_pdfimage_print