370 Murid Jayakan Kejohanan Merentas Desa SK Sungai Bedaun 2020

Puan Dg. Sarifah, Encik Mohd Aizam (kiri sekali) Puan Zubaidah (tiga dari kiri) dan Puan Noraliza bergambar bersama murid-murid Lelaki yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh dalam Pertandingan Merentas Desa peringkat SK Sungai Bedaun 2020

Labuan, 28 Januari 2020 – SK Sungai Bedaun telah menjayakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada 22 Januari lalu yang disertai oleh seramai 370 orang peserta terdiri daripada murid tahun 3,4,5 dan 6. Ibu bapa dan komuniti turut serta memeriahkan kejohanan tersebut.

Laluan larian merentas desa ini melibatkan persekitaran Kampung Sungai Bedaun dan Taman Mutiara sejauh 4 KM. Sebelum acara larian, sesi memanaskan badan dijalankan di Dewan Permata SK Sungai Bedaun.

Guru Besar, Puan Dg Sarifah bt A.Mahmod dan YDP PIBG melepaskan murid untuk berlari pada jam 8 pagi. Pelepasan peserta didahului oleh murid perempuan kemudian diikuti oleh murid lelaki.

Semua guru terlibat dalam menjayakan program ini, beserta ibu bapa yang berkelapangan. Pegawai polis trafik juga terlibat untuk mengawal lalu lintas sepanjang program ini.

Pentadbir SK Sungai Bedaun bersama murid-murid perempuan yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh dalam Pertandingan Merentas Desa peringkat SK Sungai Bedaun 2020

Sebelum larian merentas desa dimulakan Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohamad Aizam Abdul Rahim telah  menyampaikan taklimat keselamatan kepada semua peserta.

Melalui program ini, semangat perpaduan dapat disemai dalam kalangan murid, serta pembudayaan gaya hidup sihat merupakan objektif program ini.

Pingat Emas bagi Acara Merentas Desa peringkat SK Sungai Bedaun pada Tahun 2020 diungguli oleh adik Pengiran Muhammad Shahrizal bin Pg Masri dari rumah Kasawari (Biru) dan Nur Washfasha binti Gapor dari rumah Garuda (Hijau) bagi Kategori Perempuan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian.

Berita Oleh : SK Sungai Bedaun

Pengiran Muhammad Shahrizal bin Pg Masri dari rumah Kasawari (Biru) dan Nur Washfasha binti Gapor dari rumah Garuda (Hijau )Johan Merentas Desa 2020 Lelaki dan Perempuan
Penglibatan ibu bapa dalam Acara Merentas Desa , Turut serta Pn Wiwik iaitu YDP PIBG SKSB(empat dari kiri) bersama guru-guru yang bertugas di setiap stesen check point
Pegawai Polis Trafik yang terlibat dalam memastikan kelancaran Program Merentas Desa
Para guru yang bertugas di Stesen Air menyediakan minuman untuk para peserta merentas desa

image_pdfimage_print