Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah SK Rancha-Rancha

Labuan, 13 Januari 2020 – Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha telah menganjurkan Kursus Pemimpin Kecil Sekolah (PKS) dan Majlis Watikah Pelantikan PKS.

Seramai 127 orang PKS yang terdiri daripada kepimpinan pengawas sekolah seramai 37 orang, ketua dan penolong ketua kelas seramai 30 orang, pengawas pusat sumber seramai 38 orang, pembimbing rakan sebaya seramai 12 orang dan patrol denggi seramai 10 orang yang terlibat dan seterusnya menerima watikah pelantikan pada hari ini.

Guru Besar SK Rancha-Rancha, Puan Norinnie binti Kassim berkata, kumpulan pelajar yang dilantik itu ialah pemimpin kecil yang berjaya menonjolkan bakat dan potensi diri.

“Kita meneliti setiap mereka dan seterusnya mengangkat sebagai seorang pemimpin yang bakal menjadi role model kepada murid-murid lain. ”

Kursus Kepimpinan yang telah diadakan pada hari sabtu 11 Januari 2020 sebagai suntikan ilmu kepimpinan supaya lebih bersahsiah tinggi, taat kepada Tuhan dan memantapkan pengurusan disiplin.

Peranan pemimpin kecil cukup besar di peringkat sekolah dalam memikul amanah diberikan bukan sahaja dalam membentuk disiplin malah pembentukan jati diri murid lain.

Puan Norinnie berkata, murid-murid yang dilantik sebagai pemimpin kecil di sekolah perlu diberikan pengiktirafan dan penghargaan.

“Ini kerana peranan mereka amat penting memandangkan golongan ini yang bertindak membantu pengawasan murid-murid dan menyokong kerja-kerja pengurusan sekolah. ”

“Malah murid lain juga perlu ada rasa hormat terhadap golongan ini walaupun rakan mereka sendiri. Rasa hormat tersebut adalah berkaitan tugas yang dijalankan pemimpin berlandaskan undang-undang sekolah yang ditetapkan,” Puan Norinnie Kassim

Berita Oleh : SK Rancha-Rancha

image_pdfimage_print