Kejohanan Merentas Desa SMK Labuan 2020 Dapat Sambutan Menggalakkan

Merakam gambar kenangan : Encik Ismail dan Encik Cheah bersama murid-murid yang menyertai Kejohanan Merentas Desa SMK Labuan 2020

Labuan, 17 Januari 2020 – Bermula di perkarangan sekolah, menyusuri Jalan Tenaga, Tanjung Purun seterusnya ke Kelab Golf Labuan dan Taman Botanikal sehinggalah penamatnya juga di SMK Labuan, Kejohanan Merentas Desa SMK Labuan tahun 2020 sejauh 6 KM ini telah mendapat sambutan menggalakkan yang telah disertai oleh 1461 orang murid.

Acara tahunan sekolah ini melibatkan empat buah rumah sukan iaitu rumah Garuda, Merak, Rajawali dan Kenyalang. Para peserta dibahagikan pula mengikut kategori masing-masing iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun, lelaki dan perempuan,

Johan keseluruhan menjadi milik rumah Garuda, diikuti naib johan rumah Merak, tempat ketiga rumah Rajawali dan ke empat rumah Kenyalang.

Nur Najihah Mohammad Najid (rumah Garuda) dan Azren Sallih (rumah Merak), masing-masing dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Perempuan 15 tahun dan Lelaki 15 tahun.

Manakala Mavis Yong Xio Yee (rumah Merak) dan Mahadhir Hamzi Fauzi (rumah Kenyalang) mengungguli kategori Perempuan 15 tahun dan Lelaki 18 tahun.

dari kiri Mahadhir Hamzi, Azren, Encik Cheah, Encik Ismail, Mavis Yong dan Nur Najihah

Sepanjang aktiviti berlangsung, guru-guru dibantu oleh pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan yang bertindak sebagai petugas kejohanan.  

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail bin Abdullah diiringi oleh Penolong Kanan Encik Cheah Teong Aik Cheah.

Encik Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan yang dapat melaksanakan pengelolaan kejohanan ini dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Terima kasih kepada PIBG SMK Labuan yang sentiasa memberi sokongan moral dan material dalam menjayakan program sekolah.

“SMK Labuan akan memberi cabaran hebat dalam Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan yang akan berlangsung pada 8 Februari 2020.” Encik Ismail Abdullah

Kejohanan yang bermula 6.30 pagi ini telah berakhir pada 10 pagi.

Sumber Berita : SMK Labuan

Encik Ismail Abdullah, Encik Cheah Teong bersama para pemenang Kejohanan Merentas Desa SMK Labuan 2020
Pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang bertugas membantu jawatankuasa pengelola

image_pdfimage_print