Karnival PIBG dan Hari Keusahawanan

Yang Bahagia Pengarah Pendidikan W.P Labuan Encik Raisin bin Saidin merasmikan bilik gerakan pibg skps dengan memotong reben sambil diperhatikan oleh ajk pibg dan tetamu khas.

6 Oktober 2019, Labuan- Penganjuran Karnival PIBG dan hari keusahawanan SK Pekan Satu 2019 merupakan manifestasi erat pelbagai pihak, khususnya antara warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu dan masyarakat setempat. Penganjuran Karnival Keusahawanan yang mendapat sambutan di luar jangkaan ini memperlihatkan kukuhnya ukuwah di kalangan warga SK Pekan Satu dengan masyarakat setempat.

Bertemakan “Pibg Mantap, Sekolah Cemerlang”, karnival ini diselenggarakan untuk meningkatkan pemuafakatan antara pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat setempat dan didorong oleh penglibatan syarikat-syarikat swasta. Antara sasaran utama karnival ini ialah ke arah mengumpul dan menambah dana PIBG demi menjayakan program transformasi bersepadu sekolah Pekan Satu sesi 2019.

Guru Besar SKPS Puan Anita Shyamini A/P S. Azman melahirkan tanda kegembiraan kerana majlis mega seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan begitu meriah sekali. “Tanpa muafakat daripada semua pihak maka majlis ini tidak mampu direalisasikan serta berterima kasih kepada semua guru serta ajk pibg yang berusaha gigih memastikan karnival berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang sejak Jun lalu” tambah beliau lagi.

Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Pekan Satu, Encik Azrul Rizhan bin Abd Rahman berkata, program transformasi ini bertujuan mengumpul dana tabung PIBG bagi melancarkan aktiviti sekolah dan mengolah persekitaran sekolah yang lebih kondusif sebagai pemangkin pembelajaran efektif pada masa akan datang. Kecenderungan kepada keperluan ini menimbulkan usul serta daya kreatif di kalangan warga PIBG dan warga SK Pekan Satu merealisasikan program ini.

“Insya-Allah, besar harapan kami, program transformasi ini akan menjadi suntikan motivasi untuk anak-anak kita menggembeling usaha ke arah mencapai kecemerlangan pembelajaran secara global.

Dari kiri En Zulkifli bin Maidin (AJK PIBG), En Yassin bin Tawih (AJK PIBG), En Osman Kadir (Ketua Kg Gersik), Hj Yunus bin haji yussof, En Mamduh bin Zakaria (KSIB SKPS), Lim Kai Kwan (Pengerusi MPP Zon 1), Puan Anita Shyamini A/P S. Azman (GB SKPS), haji yusof bin hj chuchu (Kumpulan Pengerak

Turut hadir sebagai tetamu khas, Puan Zailiana Binti Zainol (Pk Pentadbiran SKPS), Puan Normah Binti Rahimi (Pk Hem SKPS), Encik Esmit Bin Amat (Pk Kokurikulum SKPS), Encik Osman Kadir (Ketua Kg Gersik), Haji Yusuf bin Haji Chuchu (Kumpulan Pengerak Persatuan Ibu Bapa, Komuniti & Swasta WP Labuan), Lim Kai Kwan (Pengerusi MPP Zon 1), Haji Yunus Haji Yussof (Pegawai Angkat Sekolah), Encik Mamduh bin Zakaria (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SKPS) dan Yang Bahagia Pengarah Pendidikan W.P Labuan Encik Raisin bin Saidin selaku perasmi majlis karnival PIBG dan Hari Keusahawanan serta bilik gerakan PIBG SKPS 2019.

Sementara itu, dalam ucapan tuan pengarah berkata, beliau bersyukur berkesempatan merasmikan majlis mega ini dan seterusnya melancarkan Bilik Gerakan PIBG SKPS. “Minat keusahawanan perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi dan melalui program sebegini, secara tidak langsung dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Menurut beliau, untuk menjadi usahawan, selain murid didedahkan dengan asas bidang keusahawanan seperti skim pembiayaan, mereka juga perlu diberi pengetahuan dari awal lagi kursus yang perlu mereka ikuti agar cetusan hala tuju dalam pembangunan modal insan dapat dirancang dari bangku sekolah rendah agar kecemerlangan dalam multi bidang dapat dicapai apabila dewasa kelak.

“Dengan pelancaran Bilik Gerakan PIBG ini, saya percaya PIBG pada kali ini akan berfungsi secara efektif dan berfungsi sebagai jambatan penghubung yang lebih dekat antara ibubapa dengan pihak sekolah khususnya para guru bagi menaikkan bukan sahaja nama SK Pekan Satu, tetapi juga melahirkan lebih ramai individu yang berwibawa hasil produk SK Pekan Satu,” katanya.

Kemeriahan Sepanjang karnival disokong dengan pelbagai  aktiviti yang dijalankan dan antaranya 13 jenis permainan dan hiburan seperti senamerobik, sukaneka murid, sukaneka ibubapa, ceramah kesihatan, pertandingan beyblade, pertandingan karaoke, pertandingan gubahan bahan terbuang, pertandingan pakaian dari bahan terbuang, pertandingan penyediaan menu sihat, pertandingan mewarna prasekolah dan tahap 1, pertandingan melukis tahap 2, Soopa Doopa dan Clown & Ballon. Kesemua aktiviti ini adalah untuk menarik minat serta mencungkil bakat dan kreativiti dikalangan murid dan ibu bapa.

Selain itu, kemeriahan karnival ini turut diwarnai oleh 35 buah gerai jualan yang memenuhi sekitar perkarangan kawasan meletak kereta SK Pekan Satu dan pengunjung dianggar sebanyak 2500 orang bermula dari jam 7 pagi sehingga 4 petang. Kesemua gerai jualan ini, menjual pelbagai jenis makanan ringan dan berat, pakaian terpakai berpusu-pusu untuk datang menyaksikan dan merasai sendiri kemeriahan karnival pada hari ini.

Tidak ketinggalan juga Pameran daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan (Unit Pemakanan), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bomba, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Kesihatan (Bahagian Farmasi). Karnival turut disertai syarikat swasta seperti Bank Islam.

Puan Normah Binti Rahimi dan Puan Zaliha binti Mohd Salleh selaku penyelaras program amat bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan ianya tidak akan tercapai tanpa kerjasama para guru serta ibubapa dan semua pihak yang terlibat. “Disamping merapatkan silaturrahim, program ini juga mampu menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa serta menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah” tambah mereka lagi.

Murid-murid SKPS malakukan senamerobik sambil diperhatikan oleh ibubapa sebagai pemanasan badan.

Secara konkulsinya matlamat perlaksanaan Karnival Keusahawanan ini mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya. Diharapkan agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan kepelbagaian entiti yang lebih menarik kehadiran masyarakat luar. Selain itu, dengan berjayanya perlaksanaan karnival ini memperlihatkan bahawa ukuwah, kerjasama serta jalinan silaturahim diantara ibu bapa dan guru SK Pekan Satu mencapai matlamatnya dengan penuh cemerlang.

image_pdfimage_print