Perarakan Fiesta Bunga Raya Sempena Hari Malaysia

Labuan, 16 Sept. –  Perarakan Fiesta Bunga Raya , Sempena sambutan Hari Malaysia telah diadakan di Dataran Labuan. Perarakan ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, W.P Labuan. Perarakan Fiesta Bunga ini disertai oleh 58 kontinjen yang terdiri daripada murid-murid Prasekolah, Tadika Kemas, Tadika Perpaduan, Tadika Mawip, dan tadika-tadika swasta dari seluruh W.P Labuan.

Dalam kemeriahan perakan Fiesta Bunga ini, Prasekolah SK Pekan Satu tidak ketinggalan mengambil bahagian menyertai perarakan ini dengan membentuk gabungan bersama 4 buah prasekolah yang lain. Gabungan 5 buah prasekolah ini dinamakan sebagai Prasekolah  Zon 1. Lima  buah prasekolah yang terlibat adalah Prasekolah SK Pekan Satu, Prasekolah SK Pekan 2, Prasekolah SK Patau-Patau, Prasekolah SK Membedai dan Prasekolah SK Kerupang.

Prasekolah Zon Satu disertai oleh 50 orang murid yang mana setiap prasekolah dari 5 buah sekolah berkenaan menghantar 10 orang murid sebagai wakil perarakan.

Berikut adalah 10 orang murid Prasekolah SK Pekan Satu yang terlibat dalam perarakan tersebut :

  1. Irfan Ziqri Bin Mohd Faiz
  2. Wan Arif Isyraf Bin Wan Abdul Halim
  3. Putra Arrashiddin Bin Abdullah
  4. Muhammad Iqmal Hakim Bin Nizal
  5. Muhammad Hilmi Zuhdi Bin Mohd Sayuti
  6. Amira Qaleesya Binti Jasmi
  7. Nurul Ashsiena Binti Norzi
  8. Wan Zulaikha Zahra Binti Wan Zawawi
  9. Nur Izza Qaireen Binti Muslim
  10. Nur Zara Arissa Binti Rume
Kontinjen Prasekolah Zon 1 Perarakan Fiesta Bunga Raya Sempena Hari Malaysia

Dalam perarakan ini, 6 kategori telah dipertandingkan bagi menyuntik semangat kepada semua kontijen yang turut serta. Enam kategori  tersebut adalah :

  1. Kategori Kontinjen Patriotik
  2. Kategori Kontinjen Kreatif
  3. Kategori Kontinjen Harmoni
  4. Kategori Kontinjen Dinamik
  5. Kategori Kontinjen Terbaik
  6. Kategori Kontinjen Paling Ramai

Berdasarkan kepada kreativiti hari Malaysia Kontinjen Prasekolah Zon Satu telah dinobatkan  pemenang Kategori Kontinjen Harmoni. Hadiah telah disampaikan oleh, Yang Berhormat, Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Khalid Bin Abdul Samad.

Puan Anita Shyamini A/P S. Azman, Guru Besar SK Pekan Satu memberi kata semangat bahawa kemenangan ini merupakan hasil usaha dan kerjasama guru-guru prasekolah, pembantu pengurusan murid  serta sokongan barisan pentadbir kelima-lima buah prasekolah yang terlibat. Semoga kecemerlangan dan kejayaan seumpama ini akan berterusan dalam menyuntik semangat patriotik di kalangan murid-murid pada masa akan datang.

Wakil Guru Prasekolah Zon Satu menerima hadiah Kategori Kontinjen Harmoni

image_pdfimage_print