Peperiksaan UPSR 2019 di Labuan bermula

Encik Raisin Saidin bergambar dengan Cikgu Dorien Sualin SK Patau- Patau (Salah seorang bekas anak murid Pengarah Pendidikan Labuan di SMK Tenghilan Tamparuli Sabah pertengahan 1990-an)

Labuan, 4 Sept – Sebanyak 1328 calon murid tahun enam sekolah kerajaan dan swasta di Wilayah Persekutuan Labuan hari ini mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin merakamkan ucapan selamat menduduki UPSR kepada semua murid tahun enam di Wilayah ini.

“Semoga anak-anak didik kita berada dalam keadaan sihat ceria menduduki UPSR ini. Mudah-mudahan segala usaha murni kita selama ini bagi memastikan kemenjadian anak2 murid kita direstui Allah SWT.”

“Harapan saya ialah selepas 6 tahun berada di sekolah rendah anak-anak murid kita telah menguasai sekurang-kurangnya pada tahap minimum sebagai bekalan mereka ke tingkatan 1 2020.” Encik Raisin Saidin.

Encik Raisin Saidin berkata, beliau mendapati perjalanan UPSR setakat ini berjalan lancar ditambah dengan cuaca yang baik dan berharap keadaan itu berterusan sehingga peperiksaan berakhir.

UPSR 2019 yang dijalankan bermula hari ini sehingga 12 September di 18 pusat peperiksaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Seramai 117 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Kepada semua petugas dan pengawas UPSR saya ucapkan selamat bertugas dengan penuh integriti.” Encik Raisin Saidin.

image_pdfimage_print