Jalinan Kasih DWEN mengimarahkan Iftar Jamaei SK Layang-Layangan

Tuan Raisin Saidin, Puan Hajah Dayang @ Saidah merakam kenangan bersama-sama warga emas Kg. Bebuloh melalui program DWEN.

Program Penghayatan (Ihya’) Ramadan adalah satu program pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK. Layang-Layangan WP. Labuan. 

Aktiviti utamanya adalah ceramah agama Nuzul Quran, tadarus Al-Quran, pertandingan mewarna, tabung Ramadan Kareem, iftar jamaie dan lain-lain amalan sunat.

Antara pengisian Program Ihya’ Ramadan tahun 2019 adalah Tadarus Al- Quran di mana semua guru dan murid-murid tahun 6 diperuntukkan masa rehat untuk bertadarus al-Quran.

Selain itu, Tabung Ihya’ Ramadan juga telah dilancarkan bagi menggalakkan guru-guru, murid-murid dan kakitangan bersedekah / berinfaq bagi merebut ganjaran berlipat ganda sempena Ramadan Al-Mubarak ini. Hasil kutipan ini disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Majlis Iftar Jamaie melibatkan semua guru dan kakitangan berbuka puasa di Tiara Hotel bersama-sama dengan golongan warga emas seramai 20 orang dari Kg. Sungai Labu dan Kg. Bebuloh. 

Melalui Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Manakala seramai 7 orang anak-anak yatim dan 25 orang anak miskin yang terpilih dan seterusnya menerima sumbangan melalui sedekah atau infaq yang telah diperolehi daripada para dermawan dan Tabung Ihya’ Ramadan. Tidak ketinggalan kumpulan PIBK juga turut menerima sumbangan daripada Guru Besar kerana usaha sama mereka dalam kejayaan sekolah.

Sumbangan untuk anak yatim disampaikan oleh Tuan Pengarah

Di antara penyumbang program ini adalah terdiri daripada Tuan Haji Wahab Andot, Pengarah Arif Electrical Engineering yang merupakan ahli perniagaan, Pusat Pungutan Zakan WP. Labuan, Labuan Soceity dan orang perseorangan.  

Program Ihya’ Ramadan  ini diadakan bertempat di Tiara Hotel dan Iftar Jamaei SK. Layang-Layangan merupakan program kemuncak bagi program tersebut.

Majlis yang dihadiri oleh Pengarah Pendidikan WP. Labuan, YBhg. Cikgu Raisin Bin Saidin selaku perasmi, Tuan Haji Wahab Bin Andot, Ustaz Ahmad Adha bin Ahmad Zohdi Penolong Pengurus PPZ, En. Abd. Aziz Penolong Pengarah JaPen, Hajah Haryani Binti Datuk Hj. Isli, En. Shah Redzuan NYDP sekolah ini dan Sarjan Rozilan Pegawai Polis angkat serta warga guru.

Dalam ucapan perasmian beliau menyentuh tentang manfaat yang diperolehi oleh murid-murid melalui aktiviti Ihya Ramadan dan berharap supaya program seperti ini dapat dibugarkan lagi pada setiap tahun dari semasa ke semasa. Beliau juga turut menyanjung usaha sekolah dengan keterlibatan warga emas dalam program ini yang beliau anggap sebagai satu langkah yang proaktif dalam menjalin hubungan baik dan kasih sayang sesama insan.

Terdahulu Guru Besar SKLL, Puan Hajah Dayang @ Saidah Bte Hj Md Yassin semasa ucapan aluannya memperkatakan mengenai bulan Ramadan adalah ‘Bulan Tarbiyah’ (bulan didikan) yang mana melaluinya, seseorang Muslim itu seharusnya terdidik imannya, jiwanya dan peribadinya melalui pelbagai program kerohanian yang dilaksanakan untuk mendidik jiwa murid-murid. Beliau turut mengingatkan kepada semua supaya sentiasa membaca Al Quran sebagai amalan harian serta berusaha  mengangkat mertabat warga emas dan tidak melupakan jasa mereka yang terdahulu pernah menabur jasa.

Program ini dapat memberikan peluang kepada warga sekolah untuk turut serta menyumbang tenaga, kepakaran dan kewangan dalam program kemasyarakatan bersempena bulan penuh keberkatan ini disamping menggembirakan hati para anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan.

Berita Oleh : SK Layang-Layangan

Tuan Pengarah menyantuni seorang warga emas yang menerima sumbangan

image_pdfimage_print