JPWPL, SK Bukit Kalam, SK Sg Bedaun Raih Kemenangan Kibar Bendera

25 Februari – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan kibar bendera wilayah persekutuan yang telah diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2017.

Penilaian pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Labuan ini telah dilaksanakan pada 13 hingga 18 Februari 2017. Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor.JPWPL telah menerima plak, sijil dan hadiah wang tunai sebanyak RM1000.

Menurut penyelaras aktiviti, Encik Mohd Nizam Yasim, JPWPL telah memasang lebih kurang 300 bendera Wilayah Persekutuan dan bendera Malaysia pelbagai saiz di persekitaran bangunan JPWPL yang bertempat di Bukit Kalam.

Paling menarik ialah rekaan inovasi menggunakan 3 kipas siling terpakai. Semua kakitangan JPWPL termasuk PKP telah bertungkus lumus bagi menyahut cabaran mengibar bendera wilayah sebagai tanda semangat kecintaan kepada Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Sk Bukit Kalam muncul sebagai johan dan Sk Sungai Bedaun naib johan bagi kategori sekolah dalam pertandingan kibar bendera Wilayah Persekutuan pada kali ini. Masing-masing menerima sijil, plak dan wang tunai sebanyak RM1500 dan RM1000. Syabas dan tahniah diucapkan.

Semoga kemenangan ini mampu menyuntik semangat seterusnya dalam pertandingan kibar bendera Malaysia dalam bulan kemerdekaan pada Ogos nanti.

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.