Karnival Khas Tingkatan 6 Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Encik Ismail bersama guru pengiring turut sama meraikan kejayaan pasukan dart SMK Labuan

17 Ogos – Karnival Khas Tingkatan 6 Peringkat Negeri Sabah ( Zon Pedalaman , Zon Selatan, Zon Barat, Zon Utara, Zon Sandakan) dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dengan kerjasama pemuafakatan Tingkatan 6 Bahagian Pedalaman. Karnival yang berlangsung pada 14 hingga 16 Ogos 2017 ini merangkumi 11 acara pilihan yang melibatkan acara sukan, kebudayaan, seni visual, kesenian dan pidato.

Labuan yang diwakili Pra U Tingkatan 6 SMK Labuan (SMKL) tidak ketinggalan menyertai dan memeriahkan karnival tersebut bersama 19 lagi Pusat Tingkatan 6 Zon Pedalaman, Zon Selatan, Zon Barat, Zon Utara dan Zon Sandakan Sabah. Antara sekolah lain yang turut terlibat karnival itu adalah SMK Tenom, SMK Bingkor, SMK Bongawan, SMK Nabawan, SMK Gunsanad, SMK Pengiran Omar, SMK Penangah, SMK Beaufort 2, SMK Benoni, SMK Putatan, SMK Ken Hwa, SM Kemabong, SMK Tambunan, SMK Keningau, SMK Keningau II, SMK Ranau, SMK Kota Marudu, SMK Sook dan SMK Telupid.

Pra U SMK Labuan menyertai dua acara iaitu dalam acara sukan bola jaring dan dart. Sekolah ini telah mengharumkan nama Labuan dengan meraih Johan dalam acara dart dan naib johan dalam sukan bola jaring. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen SMK Labuan.

Piala Johan Pertandingan Dart disampaikan oleh Pn Clarice Marcus, Guru Kanan Bidang Sains & Matematik SMK Keningau disaksikan oleh Encik Ismail.

Dalam acara bola jaring, pasukan Pra U SMK Labuan telah berjaya mengalahkan SMK Pangeran Omar Sipitang (15-2), SMK Benoni (30-0). Suku akhir perlawanan pasukan SMK Labuan berjaya mengalahkan SMK Kemabong dengan kiraan mata 15-3. Pada saingan separuh akhir perlawanan sengit berlangsung sehingga diheret ke masa tambahan dan akhirnya pasukan SMK Labuan berjaya mengalahkan pasukan SMK Penangah 18-11 tetapi tewas di perlawanan akhir kepada pasukan tuan rumah SMK Keningau II.

Manakala pasukan dart Pra U SMK Labuan, pada peringkat kumpulan telah mengalahkan SMK Tambunan, SMK Pangeran Omar, SMK Keningau B, kesemuanya dengan keputusan mata 2-0 dan SMK Keningau II dengan keputusan 2-1. SMK Labuan terus gah mengorak langkah dengan menewaskan pasukan SM Ken Hwa di separuh akhir dan akhirnya muncul sebagai juara dengan menewaskan pasukan SMK Keningau II dengan keputusan 2-0.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah menzahirkan rasa gembira kerana matlamat penyertaan kali ini telah tercapai. Walaupun hanya menyertai 2 acara tetapi telah berjaya meletakkan nama Pra U SMK Labuan di tahap yang sewajarnya.

Tahun depan kami berazam untuk menyertai lebih banyak acara daripada 11 acara yang dipertandingkan. Ini merupakan salah satu platform untuk mengasah bakat pelajar dan meningkatkan imej sekolah. Terima kasih atas sokongan padu pihak PIBG SMK Labuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pasukan bola jaring SMKL mendapat naib johan

Lima orang guru SMK Labuan turut sama menyertai 16 pelajar Pra U menyertai Karnival Tingkatan 6 tersebut :

Guru pengiring :

  1. Saminan Sabtu
  2. Mazri Mohamed Yunus
  3. Abd Manan Nasir
  4. Rosnanih Amat
  5. Nor Zuhailah Che Omar

Pemain Bola Jaring :

  1. Nor Amizah Mohd Asmawi
  2. Izzatul Shahira Abdul Malek
  3. Nurfatieah Abdullah
  4. Dg Siti Nurul Hamizah Ag Mohd Zain
  5. Eiza Eldayantie Abdul Halim
  6. Myra Natasha Maurice
  7. Nurul Atiqah Hassan
  8. Siti Hafizah Suhali
  9. Noor Azlin Aspan
  10. Syafiqah Tee

Pemain Dart :

  1.  Megan April Kiok
  2. Nur Najihah Ahmad
  3. Suzliana Suaili
  4. Muhamad Lutfi Lukmanul Hakim
  5. Noreman Bialam
  6. Zaharani Abdul Matalip

Sumber Berita : Ismail Abdullah

 

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.