Kem Ihya Ramadhan Sekolah Rendah dan Menengah

Labuan – Kem Ihya  Ramadhan Sekolah Rendah dan Menengah telah diadakan pada 15-16  Jun 2017 yang bertempat di dewan terbuka Pusat Ko Kurikulum, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kem ini dianjurkan oleh Pusat Ko Kurikulum dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI), Pusat Pungutan Zakat Labuan (PPZ), dan Jabatan Penerangan Labuan. Seramai 40 orang peserta terlibat dalam kem tersebut. Antara Pengisian yang telah dijalankan dalam kem tersebut adalah ceramah daripada JAWI dan PPZ, Tadarus Al-Quran dan Qiamulail

Majlis khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Imam Muda Nazrul iaitu naib juara program Imam Muda Musim kedua. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Encik Hasbollah bin Amit Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.