SK Pantai, SMA MAIWP Labuan johan keseluruhan

Encik Raisin (tiga kiri) bersama pemenang pertandingan tilawah,hafazan dan bercerita sekolah rendah.

Sekolah Kebangsaan Pantai dan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP Labuan) masing-masing muncul johan keseluruhan kategori sekolah rendah dan menengah Majlis Tadarus Al-Quran Sekolahsekolah (MTQSS) Wilayah Persekutuan Labuan 2017.

Sekolah Kebangsaan Bebuloh telah dipilih sebagai pengelola dan tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MTQSS) 2017, baru-baru ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan dan Bercerita dari Kisah Al-Quran.

Majlis Tadarus peringkat negeri yang bertemakan ‘AlQuran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak’ itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin. Beliau menyeru agar para pelajar dapat memperkukuh dan memantapkan akhlak melalui amalan pembacaan al-Quran.

“Menerusi penganjuran Majlis Tadarus ini, ia mampu menjana penghayatan dalam kalangan pelajar dalam rangka memahami isi kandungan al-Quran agar dapat diimplementasikan dalam urusan kehidupan seharian,” katanya.

MTQSS merupakan aktiviti tahunan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Usaha itu dapat melahirkan kesan yang positif di jiwa umat Islam. Menerusi penganjuran Majlis Tadarus ini, ia mampu menjana penghayatan dalam kalangan pelajar dalam rangka memahami isi kandungan al-Quran agar dapat diimplementasikan dalam urusan kehidupan seharian. MTQSS sebagai satu tempat pemilihan murid ke peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara objektif program adalah dapat melahirkan generasi yang membaca, menghafaz, mendalami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan mereka serta dapat mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar dan mencungkil bakat dan mengembangkan potensi para pelajar dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Bercerita dari Kisah AlQuran.

Seramai 60 pelajar yang menyertai antara acara yang dipertandingkan yang terdiri daripada 30 murid sekolah rendah dan 30 pelajar sekolah menengah. Para peserta diadili oleh 20 juri yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang masing-masing dengan jemaah hakim yang diketuai oleh Ustaz Zainal Abd Wahab dari SMK Mutiara.

Sementara itu, murid SK Pekan Satu Muhammad Audi Syakir Syamsul muncul johan Tilawah Al Quran Sekolah Rendah Lelaki, naib johan Muhammad Fahmi Ajis (SK Bebuloh) dan tempat ketiga Nik Abdul Syakur Nik Iznan Musyahmi (SK Sg Bedaun).

Manakala bagi kategori perempuan, johan disandang Nur Atiqatul A’Aliyah Abdul Kahar (SK Pantai), kedua Damia Nur Afifiah Muhammad Faizal (SK Patau-Patau) dan ketiga Nur Mayunie Edward (SK Pekan Dua). Pemenang bagi acara Hafazan Sekolah Rendah kategori perempuan ialah Ahmad Dinie Bakri (SK Pantai), naib johan Amir Arshad Azmi (SK Pekan Dua) dan tempat ketiga Ahmad Muas Nairolislan dari SK Tg Aru.

Raisin bersama Johan Keseluruhan SK Pantai

Seterusnya, bagi kategori perempuan, johan Syazana Lisa Aziz (SK Pantai), naib johan Qistina Alya Sulaiman (SK Kerupang) dan ketiga Nur Fatihah Wanema Sofiyyah Irwan (SK Pekan Satu). Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran kategori lelaki pula menobatkan peserta dari SK Lubok Temiang Ahmad Naquib Syahmun sebagai johan manakala naib johan Muhammad Amnan Syibri Samsul dari SK Pekan Satu dan tempat ketiga Muhammad Danial Adlan Rizuan dari SK Sungai Bedaun.

Johan bagi Kategori Perempuan pula dimenangi Nursyuhadah Balqis Amir (SK Lubok Temiang), kedua Anastasia Azri (SK Pekan Dua) dan ketiga Nurhazira Alesya Rafezun (SK Sungai Lada). Dalam acara Tilawah AlQuran Sekolah Menengah kategori lelaki pula menyaksikan peserta dari Sekolah Menengah Agama MAIWP AlFaiz Darsono sebagai johan, naib johan Aidil Hadis dari SMK Pantai dan tempat ketiga Muhamad Hafizie Anuar dari SMK Mutiara.

Pelajar SM Sains Labuan Nurliana Suhaimi muncul johan kategori perempuan, kedua Norlaila Hashim dari SMK Taman Perumahan Bedaun dan ketiga Aniya Daryani Anuar dari SMA MAIWP. Seterusnya, juara bagi pertandingan Hafazan Sekolah Menengah kategori lelaki, Mohd Ikmal Sulahhaji (SMA MAIWP), naib juara Mohd Afiq Abd Lamit (SMK Mutiara) dan ketiga Shahrul Faiz Hasnul Hafiz (SM Sains Labuan).

Mohd Sufi Solehin Supri dari SMA MAIWP muncul juara Pertandingan Syarahan Agama Sekolah Menengah kategori lelaki, kedua Rafieq Rafizie Nur Sha dari SMK Labuan dan ketiga Abdul Razzak Abdullah dari SM Sains Labuan. Manakala, Waznah Saiyidah Sidik dari SM Sains Labuan menjuarai kategori perempuan, kedua Siti Hawa Rusdi dari SMA MAIWP dan ketiga Ainzulaikha Zolkapli dari SMK Mutiara.

Sumber berita : Utusan Borneo

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.