400 Orang Calon SPM 2017 Sertai Program Sejarah

Para pelajar SPM 2017 sedang khyusuk mendengar ceramah

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Management Science University (MSU) menganjurkan Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab serta Belajar Sejarah secara Aktif, Kreatif, Inovatif dan Efektif bertempat di Dewan SM Sains Labuan. Bengkel dikendalikan oleh Puan Hanita Ladjaharun, Guru Cemerlang Sejarah dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut penyelaras program, Encik Mohd Nizam bin Yasim, bengkel kali ini melibatkan 15 guru dan 400 calon SPM 2017 daripada semua sekolah menengah di Labuan termasuk murid daripada Labuan International School(LIS), SMAIWP dan Kolej Vokasional.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menjawab Sejarah di peringkat SPM dalam kalangan calon-calon SPM tahun ini. Penganjur berharap agar program ini akan menjadi tiang kepada jambatan kejayaan murid dalam SPM 2017 terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah.

Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, ia adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar dan wajib lulus,’’ sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.  Langkah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013 bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah Negara.

Berita Oleh : Sektor Pengurusan Akademik

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.