Kerjasama Dua Sekolah, Wilayah dan Negara

Lawatan Pengantarabangsaan Jalinan Muhibah SMKRR ke SM Menglait Gadong, Brunei Darussalam

Seramai 20 guru dan pelajar SMK Rancha-Rancha menjayakan program Lawatan Pengantarabangsaan Jalinan Muhibah SMKRR Ke SM Menglait Gadong, Brunei Darussalam pada 8 April lalu.

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Yahya Ahmad Puteh yang juga Ketua Rombongan berkata rombongan itu terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran (Ustaz Abd Rahman Ahmad), Penolong Kanan Kokurikulum (Fauziah Idris), tiga Ketuaketua Bidang, sembilan guru dan lima pelajar tingkatan 3.

Katanya, rombongan SMK Rancha-Rancha bertolak ke SMK Menglait Muara Brunei Darussalam pada 8 April 2017 dan disambut oleh Pengetua SM Menglait, Haji Mohidin Nordin.

Ahli rombongan dibawa melawat ke setiap kelas di mana pada hari tersebut sesi pembelajaran sebelah pagi adalah aktiviti kokurikulum.

Selepas lawatan, Haji Mohidin menyampaikan taklimat di bilik mesyuarat yang turut dihadiri Penolong Pengetua 1, Hajah Khadijah Haji Mohd Salleh, Penolong Pengetua 2, Dgku Nurul Aminatun Faridah Pg Haji Mohd Ali dan Pegawai Kegiatan Luar Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam, Shahirah Haji Yusuf.

Mohidin menyatakan rasa kesyukuran atas kedatangan rombongan dari SMK Rancha–Rancha.

Beliau sangat gembira atas kunjungan SMKRR dalam menjalinkan persahabatan dan bertukar-tukar idea terutama dari segi perancangan strategi pembangunan sekolah.

Sempena taklimat itu, beliau telah membentangkan kejayaan akedemik SM Menglait untuk pengetahuan rombongan SMKRR.

Beliau juga memberi jaminan bahawa hubungan baik ini akan terus terjalin antara kedua-dua sekolah.

Mohidin berharap agar persahabatan akan terus berkekalan demi samasama membangunkan perkembangan akedemik, kokurikulum dan sahsiah di kedua-dua sekolah.

Walaupun berlainan negara dan cara pentadbiran sekolah tetapi tujuan, visi dan misi adalah sama iaitu melahirkan insan yang berguna di dalam masyarakat dan sentiasa memelihara nilai-nilai budi pekerti yang baik dan taat beragama.

Beliau juga menyatakan hasrat akan membuat lawatan balas ke SMKRR bagi melihat pula bagaimana SMKRR mengurus tadbir sekolah untuk dicontohi dan sesuai diaplikasi di SM Menglait.

Sementara itu, Yahya Ahmad Putih berkata Pengetua SMK RanchaRancha, Omar Baki Matussin tidak dapat bersama-sama dalam rombongan tersebut kerana bertugas di luar negara.

Beliau juga memaklumkan Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin yang pada mulanya dijadulkan menyertai rombongan berkenaan tetapi terpaksa dibatalkan atas tugas-tugas rasmi yang tidak dapat dielakkan.

Yahya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian SM Menglait menerima kunjungan daripada SMK Rancha-Rancha.

Katanya, lawatan itu bertujuan untuk menjalinkan persahabatan antara dua sekolah bertaraf antarabangsa sekaligus penghubung antara duabuahnegaraiaituMalaysia dan Brunei Darussalam.

“Ini juga merupakan KPI Pengetua, Omar Baki yang inginkan SMKRR membuka langkah merentas benua menjalinkan hubungan pengantarabangsaan sekolah demi memberi ruang dan peluang pelajar-pelajar SMKRR membuka minda seluas-luasnya dan bertukartukar idea bersama pelajar dari sekolah lain di luar dari lingkungan Labuan khasnya dan Malaysia amnya selain merupakan satu proses pembelajaran Abad ke21,”katanya.

Yahya juga telah menyuarakan hasrat SMKRR kepada Pengetua SM Menglait Brunei Darussalam untuk menjayakan program pertukaran pelajar.

“Program ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama pengetua. Diharap program ini akan berjalan seperti yang dijadualkan,”katanya.

Yahya menyatakan kekagumannya terhadap SM Menglait yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar sekolah itu yang juga merupakan Bahasa Penghantar semua sekolah di Brunei Darussalam.

Katanya, inilah yang akan menjadi keuntungan kepada pelajar-pelajar SMKRR jika program pertukaran pelajar dilaksanakan.

Mereka akan dapat menggukuhkan lagi peggunaan Bahasa Inggeris mereka semasa menjalani program itu.

Pertukaran pelajar dirancang selama seminggu di mana pelajar SMKRR akan bersekolah di SM Menglait, dan pelajar SM Menglait akan mengikuti pembelajaran di SMKRR.

Jelas Yahya, objektifnya hanya satu iaitu memberi ruang dan peluang mereka merasai sistem pendidikan di kedua-dua negara dan dapat menimba ilmu daripada perkongsian tersebut.

Lawatan sambil belajar itu diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak.

Sumber Berita : Utusan Borneo 18 April 2017

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.